Isnin, 20 September 2010

Group 1 dinar memulakan operasi memajak


Pada hari ini 20/9/2010 group 1 dinar memulakan operasi mereka dengan memajakkan syilling satu dinar mereka. Ini mereka pengalaman pertama bagi dua orang guru Cikgu Rosman dan cikgu Zaini yang baru untuk menceburkan diri mereka dalam dunia pelaburan emas. Apa yang menariknya meraka telah sanggup untuk ke Agro bank Labis bagi membuat pajakan . Tapi sebelum itu penulis semasa di sekolah telah membuat tawaran kepada kedua-dua mereka iaitu mereka hanya perlu memberikan saya RM200 saja untuk mendapat syiling satu dinar yang bernilai RM600 tetapi ada syarat tertentu bagaimana hendak melangsaikan baki Rm400.00 lagi. Syaratnya mereka perlu pergi Agro Bank Labis untuk membuat pajakkan syilling satu dinar tersebut. Jadi kami telah berjanji untuk pergi ke Agro Bank Labis selepas sesi persekolahan.Penulis agak cepat sampai dan memberitahu pegawai bank Hj Samson tujuan saya untuk membuat pajakan lalu beliau memperkenalkan saya kepada kepad Encik Fairus untuk menguruskannya. Jadi saya pun menyerahkan syiling satu dinar tersebut untuk dibuat ujian setelah itu barulah proses yang kedua menulis dokumen tertentu dan mengikut beliau nilai satu gram emas ialah Rm136 x 4.25 g =rm578. Pihak Agro bersetuju untuk memberikan pajakan 70% dan bersamaan rm404.6. Tapi yang malangnya proses yang panjang menyebabkan urusan pengeluaran tidak dapat dilakukan kerana kaunter bank telah ditutup. Jadi kami bertiga terpaksalah memasukkan wang tersebut dalam akaun saja. Jadi cikgu Rosman dan Cikgu Zaini terpaksa berhutang dengan saya sebanyak RM400 sebab mereka tidak dapt mengeluarkan wang tunai pada petang tersebut. Jadi untuk menebus seling tersebuat boleh dibuat dalam masa 6 bulan dengan upah simpan sebanyak rm22.00 sahaja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan