Jumaat, 8 Oktober 2010

Urusan Pemajakan di Agro Bank Labis



Pada 7/10/2010 satu lagi urusan pemajakan telah dilaksanakan diAgro Bank Labis. Penulis telah membawa rakan untuk urusan pajak 10 bar emas PGold 20g. Dalam urusan tersebut penulis telah mencadangkan agar pajak dibahagikan kepada 10 surat pajak. Ini bertujuan jika kita hendak menebusnya kembali kita boleh tebus satu-persatu. Jika kita letakkan semua dalam satu surat pajak akan timbul masalah untuk menebusnya kerana dalam jumlah yang banyak. Apa yang berlaku ialah rakan penulis terpaksa memajakkan 5 bar 20g sahaja kerana jumlah pajakan sehari cuma RM10,000.00. Jadi rakan penulis terpaksalah membawa balik 5 bar 20g untuk proses pemajakan pada hari seterusnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan