Isnin, 28 Disember 2009

JOM SAHAM: IRCB

JOM SAHAM: IRCB

Supermx terus naik

Saham kaunter supermx hari untung RM0.30 untuk ditutup RM 4.44 . Pada minggu lepas saya ada membincangkan kaunter yang berkaitan dengan sarung tangan getah ni hg bagi supermax cuma RM4.00 aje. Nampaknya kaunter lain turut mengikut arah menaik seperti kaunter Advanta naik 0.17 dan ditutup Rm2.97. Cuma kaunter IRCB nampaknya masih rendah RM0.625 naik RM0.03

Selasa, 22 Disember 2009

Macam Mana Nak Jadi Unit Trust Consultant(UTC)

Untuk menjadi AgenUnit Trust Consultant ini bukanlah satu yang sukar, apa yang diperlukan adalah seperti berikut,



1. Mengisi borang yang disediakan



2. Berusia 21 tahun



3. Anda perlu menyediakan dokumen berikut;



a) 2 salinan IC



b) 1 salinan sijil SPM atau ke atas



c) 1 salinan buku akaun Public Bank (muka kedua tercatat nama dan nombor akaun)



d) 6 keping gambar passpot



e) Yuran RM250.00 (akan dikembalikan selepas anda dapat mengumpul jualan sebanyk RM50,000.00 dalam jangka masa 6 bulan)



4. Kembalikan borang yang telah lengkap kepada kami



5. Bersedia membuat persediaan untuk mengambil peperiksaan CUTE



6. Jika lulus anda akan diberikan Agent Code oleh Public Mutual dan sudah layak untuk menjadi Unit Trust Consultant Public Mutual.



Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh hubungi saya ABD RAZAK BIN OTHMAN 019-7235202 atau emelkan kepada , andrazak68@yahoo.com

Ahad, 20 Disember 2009

Bagaimana Melabur Dengan Public Mutual

Anda hanya memerlukan pelaburan minimum sebanyak RM1,000.00 . Anda boleh meningkatkan amaun pelaburan secara beransuran dengan jumlah minimum sebanyak RM100.00

Bagaimana Melabur Dengan Public Mutual

Anda hanya memerlukan pelaburan minimum sebanyak RM1,000.00

Jumaat, 18 Disember 2009

Manfaat Melabur Dalam Unit Amanah

Pengurus Dana yang Profesional


Pengurus dana profesional akan menguruskan wang bagi pihak anda dengan menggunakan kepakaran dan sumber-sumber yang dimilikinya


Kepelbagaian


Mengurangkan risiko pelaburan dengan mengagihkan risiko tersebut kepada portfolio pelaburan saham dan atau bom dari syarikat , sektor, negara atau rantau yang baerlainan.


Kecairan


Pemegang-pemegang unit boleh menebus kesemua atau sebahagian daripada pelaburan mereka pada mana-mana hari niaga dan menerima wang pelabuaran mereka dalam masa 10 hari


Peluang Untuk Pertumbuhan Modal


Dengan mengambil bahagian dalam pelaburan sekuriti, unit amanah memberi peluang untuk menikmati hasil pertumbuhan modal dan /atau pendapatan tahunan sebagai satu pulangan pelaburan.


Mengenai Public Mutual


Public Mutual adalah syarikat unit amanah No.1 di Malaysia dan menguruskan lebih 68 dana dengan nilai aset bersih berjumlah RM24.2 billion * untuk seramai lebih 2,000,000 pemegang akaun .


Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank, mempunyai dua dekat pengalaman menguruskan dana. Public Mutual juga merupakan pengurus dana unit amanah yang paling banyak menerima anugerah iaitu 96 anugerah dana sejak tahun 1999.


*1 April 2009

Apakah itu unit amanah?

*Skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara professional dengan mengumpulkan wang anda bersama wang beribu-ribu pelabur lain.
*pakar pengurus pelaburan akan melabur bagi pihak anda
*Untuk jumlah sekurang-kurangnya RM1,000.00 anda boleh mendapat kuasa belian bersamaan berjuta-juta ringgit
*Ini bermakna anda boleh menikmati manfaat sebuah portfolio yang pelbagai dam meluas.

Bagaimana unit amanah dikawalselia

*Skim unit amanah adalah dikawalselia oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993 dan Garis Panduan untuk Dana-dana Unit Amanah.

Khamis, 17 Disember 2009

Merancang kebebasan kewangan anda dengan menggunakan unit amanah

Ukirkan masa depan kewangan yang cerah dengan membuat perancangan.

Dengan perancangan yang teliti, jumlah yang kecil pun boleh menjadi suatu kekayaan. Anda boleh mencpai sesuatu yang menakjubkan jika anda muala merancang untuk masa depan anda.

Cara yang paling baik untuk mencapai kebebasan kewangan adalah dengan meningkatkan kadar pulangan wang anda.

Unit amanah memberi peluang kepada anda untuk mempelbagaikan pelaburan, mengurangkan risiko dan menolong merealisasikan impian anada.

Sabtu, 25 April 2009

pemulihan harga saham

Nampaknya harga saham dah mula menunjukkan peningkatan harganya, saham-saham berharga rendah dah mula menunjukkan peningkatan seperti saham kumpulan lion, tebrau, kinsteel, knm dan ramunia. Harga saham pada minggu depan pada pendapat saya berlaku sedikit pembetulan kerana hampir seminggu indeks dah naik sampai 992 mata. Kalau ikutkan trendnya saham-saham ramunia, kumpulan lion dan steel akan terus aktif dan yang pasti knm akan teruskan trend menaiknya. Pada hari jumaat aku dah jual tiga kaunter knm 57.5 tebrau 53.5 dan ijm-wb 80.0. Harap-harap pada minggu depan kaunter turun sikit boleh masuk. Satu lagi yang aku tunggu ialah kaunter axiata aku dah oder 30 lot untuk saham rightnya dan harap-harap boleh dapat sebab harga tawarannya 1.12 dan harganya sekarang dah capai 2.10.

Jadi kalau-kalau ada kawan-kawan yang main saham itu boleh kongsi maklumat untuk beli saham pada minggu depan

pemulihan harga saham

nampaknya harga saham dah mula menunjukkan peningkatan harganya, saham-saham

Sabtu, 31 Januari 2009

saham amanah

Saham amanah merupakan salah satu alternatif yang boleh digunakan untuk tujuan pelaburan. Berbanding dengan pelaburan lain saham amanah banyak kelebihannya;


1. Alat pelaburan paling sesuai bagi penyimpan yang buat simpanan kerap

2. Jumlah permulaan tidaklah sekecil yang dikehendaki untuk membuka akaun simpanan, tetapi munasabah

3. Biasanya pelabur mudah bertambah berasakan simpanan tetap

4. Manfaat diperolehi melalui purata kos dollar

5. Unit amanah memberi portpolio pelaburan yang seimbang yang anda tidak perlu uruskan

6. Anda boleh menjual unit-unit anda apabila harganya memuaskan pada bila-bila masa.


"Pelabur individu sepatutnya bertindak secara konsisten sebagaiseorang pelabur dan bukannya seorang spekulator. Ini bermakna ... beliau sepatutnya berkemampuan membela setiap pembelian yang dibuat dan setiap harga yang dibayar agar tidak dipengaruhi oleh perasaan, sebaliknya dengan alasan objektif yang memuaskan beliau yang beliau akan memperolehi nilai wang yang lebih tinggi daripada yang dibayar untuk pembeliannya". -Benjamin Graham

Sabtu, 24 Januari 2009

pelaburan

Assalamulaikum dan selamat sejahtera
Selamat datang ke blog saya ajak-blogger.blogspot.com , blog ini bertujuan untuk berkongsi maklumat mengenai pelaburan

Untuk mendapatkan tip-tip pelaburan serta perkembangan terbaru, silalah lawati blog rami saya di www.ajakblogger.com

Saya nantikan kehadiran anda !