Nampaknya harga saham dah mula menunjukkan peningkatan harganya, saham-saham berharga rendah dah mula menunjukkan peningkatan seperti saham kumpulan lion, tebrau, kinsteel, knm dan ramunia. Harga saham pada minggu depan pada pendapat saya berlaku sedikit pembetulan kerana hampir seminggu indeks dah naik sampai 992 mata. Kalau ikutkan trendnya saham-saham ramunia, kumpulan lion dan steel akan terus aktif dan yang pasti knm akan teruskan trend menaiknya. Pada hari jumaat aku dah jual tiga kaunter knm 57.5 tebrau 53.5 dan ijm-wb 80.0. Harap-harap pada minggu depan kaunter turun sikit boleh masuk. Satu lagi yang aku tunggu ialah kaunter axiata aku dah oder 30 lot untuk saham rightnya dan harap-harap boleh dapat sebab harga tawarannya 1.12 dan harganya sekarang dah capai 2.10.
Jadi kalau-kalau ada kawan-kawan yang main saham itu boleh kongsi maklumat untuk beli saham pada minggu depan