Jumaat, 17 September 2010

Gold bar 50g dan syilling 5 dinar jadi mangsa pajak pertama


Pada hari ini 17/9/2010 aku telah berpeluang utk ke Batu Pahat, walaupun jarak yg agak jauh lebih 90km dari Labis aku teruskan juga semata-mata nak cari pengalaman pertama memajakkan emas yg ada, dah hampir dua bulan dalam simpanan tanpa dibuat apa-apa. Lepas sembahyang Jumaat aku terus ke Agro Bank utk memulakan pajakan tapi apa yang terjadi aku terpaksa tunggu hampir 20 minit kerana pegawai bank belum balik dari masjid, padanlah dalam bank agak lengang aje. Apabila pegawai bank tersebut balik aku pun dibenarkan utk masuk ke bilik Ar Rahnu dan disitu bermula proses pajakan pertama yang aku lakukan. Aku menyerahkan Gold Bar 50g (Rm7425.00) dan syilling 5 dinar (Rm2894.00) sambil itu aku sempat berbual dengan 2 orang pegawai muda yang bertugas dan salah seorang daripada mereka ada membeli gold bar 20g dan apa lagi aku pun mula menerangkan kpd mereka yg aku merupakan dealer public gold menerangkan serba sedikit pengetahuan bagaimana nak manipulasikan emas. Jadi setelah selesai aku kekaunter utk menerima wang tunai Rm4450 dan Rm1730.00 yang berjumlah Rm6180.00 . Kadar upah bagi 6 bulan rm86.82 (5 dinar) dan rm222.75 (gold bar 50g) yg jumlahnya rm309.57. Kalau kita bahagikan 6 bln Rm309.57 tersebut setiap bulan kita cuma bayar Rm51.59 aje. Jadi itulah pengalaman aku semasa membuat pajakan pertama aku........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan