Rabu, 6 Oktober 2010

Di suatu pagi yang tidak disangka-sangka




Pada hari ini semasa penulis sedang memandu kenderaan hendak ke sekolah, jam menunjukan 6.55 pagi satu pangilan telah diterima daripada seseorang yang telah menyatakan beliau ingin membeli 10 emas bar 20 gram yang nilainya rm30,300.00. Selang beberapa minit kemudian penulis menerima satu lagi pangilan yang beliau ingin menjadi dealer ini bermakna nilainya RM20,000.00 lebih. Nampaknya rezeki pada awal pagi ni cukup murah dan penulis telah berjanji kepada kedua-dua pemanggil tersebut memastikan mereka mendapat harga yang lebih murah.

Apabila sampai di sekolah ada lagi seorang rakan penulis bersetuju untuk menjadi dealer dan seterusnya seorang kerani sekolah penulis telah menyerahkan RM1,222.00 atas belian 2 dinar yang mana beliau telah untung sebanyak lebih RM15.00 bagi setiap dinar yang dibeli.

Pada waktu petang penulis telah berjanji dengan pegawai BSN untuk menguruskan pinjaman yang berjumlah hampir RM150,000.00 dan dalam proses hendak diluluskan. Apa yang akan penulis gunakan pada duit tersebut adalah untuk memohon terbitan awam saham Patronas Chemical bernilai RM5,200.oo satu lot dan penulis yakin saham ini boleh mendatangkan keuntungan 20 hingga 30% dalam jangka pendek. Seterusnya penulis telah bertemu dengan rakan penulis di Kg Jawa dan beliau juga menyatakan persetujuan untuk menjadi dealer. Semasa proses perbincang tersebut sempat juga penulis menerangkan emas Public Gold kepada makcik tuan punya warong tersebut Sempat juga penulis memberikan borang keahlian untuk menjadi ahli kosmatik Nutrimatic kepada makcik tersebut dan telah menyuruh anaknya mengisikannya.
Walaupun agak penat ke sana dan kesini tetapi penulis rasa bersyukur kerana telah berjaya menjadikan 4 rang dealer Public Gold dan seorang ahli Nutrimatic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan