Jumaat, 8 Oktober 2010

Pertemuan dengan mantan pengetua Tuan Hj Manan Bandi



Semangnya sudah beberapa kali penulis bercadang berjumpa dengan beliu sebelum ini tetapi masi belum berkesempatan. Tapi pada malam sabtu Tn. Hj. sendiri telah menelefon penulis untu k bertemu di Selera Timur Labis. Alhamdulillah penulis dapat bertemu dengan beliu dan banyak maklumat berkaitan pelaburan emas telah disampaikan. Beliau seterusnya telah bersetuju untuk mengisi borang keahlian dan apa yang menjadi masalah ialah untuk mendapatkan salinan fotostat i/c kerana jam menunjukkan pukul 9.45 mlm . Penulis dan bersama Hj Manan cuba mencaru kedai yang masih buka tapi malangnya tiada perkhidmatan fotostat . Seterusnya penulis terus mempelawa Hj. Manan ke rumah penulis untuk membuat salinan i/c dan semuanya berjalan lancar dan hampir pukul 10.00 mlm barulah beliau balik. Penulis begitu teruja dengan cara dan sikap beliau yang begitu low profil walau pun telah menyandang jawatan sebagai pengetua sebelum ini. Sebenarnya penulis dan Tn Hj Manan kerap juga berhubung selepas beliau bersara kerana kami sama menjadi Unit Trust Consultan Public Mutual. Tapi kali saya dan Tn Hj akan berada satu Group Kencanaemas untuk menjalankan aktiviti menjual dan membeli emas Public Gold. Pertemuan yang singkat tetapi sunggup bermakna walaupun anyak kekangan yang dialami sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan