Jumaat, 8 Oktober 2010

Petang Jumaat yang agak sibuk di Agro Bank Labis



Pada petang ni terdapat tiga temu janji untuk di bank Agro Labis semata untuk mengajar rakan-rakan baru dalam dunia pelaburan emas membuat pajakan. Proses pemajakan berjalan lancar dan penulis mendapatkan satu info daripada Pn Noreen bahawa pajakan boleh dilakukan oleh orang bukan beragama islam. Menurut beliau ramai orang bukan islam telah memajakan emas mereka ke Ar Rahnu Labis dalam bentuk barang kemas. Menurut beliau pajakan emas dan dinar Public Gold hanya dilakukan oleh penulis dan rakan-rakan sahaja. Pada masa yang sama rakan penulis telahpun membuat tempahan 6 dinar lagi untuk tambahan dan mereka berminat untuk menjadi dealer.Apa yang penulis sarankan kepada mereka yang hendak menjadi dealer pastikan kewangan yang bebas daripada sebarang masalah yang akan yang menyebabkan emas yang dibeli terpaksa dijual kerana masalah kewangan. Penulis memberi peluang kepada beberapa orang sahaj untuk menjadi dealer hendaklah menyediakan wang melebihi RM10,000.00 dan baginya penulis akan tampung menjadikan mereka menjadi dealer. Proses seperti akan menggalakkan lebih ramai orang akan menjadi dealer tapi masalah ia terhad kerana modal pusingan yang besar terpaksa penulis sediakan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan