Jumaat, 8 Oktober 2010

Pertemuan dengan mantan pengetua Tuan Hj Manan Bandi



Semangnya sudah beberapa kali penulis bercadang berjumpa dengan beliu sebelum ini tetapi masi belum berkesempatan. Tapi pada malam sabtu Tn. Hj. sendiri telah menelefon penulis untu k bertemu di Selera Timur Labis. Alhamdulillah penulis dapat bertemu dengan beliu dan banyak maklumat berkaitan pelaburan emas telah disampaikan. Beliau seterusnya telah bersetuju untuk mengisi borang keahlian dan apa yang menjadi masalah ialah untuk mendapatkan salinan fotostat i/c kerana jam menunjukkan pukul 9.45 mlm . Penulis dan bersama Hj Manan cuba mencaru kedai yang masih buka tapi malangnya tiada perkhidmatan fotostat . Seterusnya penulis terus mempelawa Hj. Manan ke rumah penulis untuk membuat salinan i/c dan semuanya berjalan lancar dan hampir pukul 10.00 mlm barulah beliau balik. Penulis begitu teruja dengan cara dan sikap beliau yang begitu low profil walau pun telah menyandang jawatan sebagai pengetua sebelum ini. Sebenarnya penulis dan Tn Hj Manan kerap juga berhubung selepas beliau bersara kerana kami sama menjadi Unit Trust Consultan Public Mutual. Tapi kali saya dan Tn Hj akan berada satu Group Kencanaemas untuk menjalankan aktiviti menjual dan membeli emas Public Gold. Pertemuan yang singkat tetapi sunggup bermakna walaupun anyak kekangan yang dialami sebelum ini.

Pertemuan dengan mantan pengetua Th.

P

Petang Jumaat yang agak sibuk di Agro Bank Labis



Pada petang ni terdapat tiga temu janji untuk di bank Agro Labis semata untuk mengajar rakan-rakan baru dalam dunia pelaburan emas membuat pajakan. Proses pemajakan berjalan lancar dan penulis mendapatkan satu info daripada Pn Noreen bahawa pajakan boleh dilakukan oleh orang bukan beragama islam. Menurut beliau ramai orang bukan islam telah memajakan emas mereka ke Ar Rahnu Labis dalam bentuk barang kemas. Menurut beliau pajakan emas dan dinar Public Gold hanya dilakukan oleh penulis dan rakan-rakan sahaja. Pada masa yang sama rakan penulis telahpun membuat tempahan 6 dinar lagi untuk tambahan dan mereka berminat untuk menjadi dealer.Apa yang penulis sarankan kepada mereka yang hendak menjadi dealer pastikan kewangan yang bebas daripada sebarang masalah yang akan yang menyebabkan emas yang dibeli terpaksa dijual kerana masalah kewangan. Penulis memberi peluang kepada beberapa orang sahaj untuk menjadi dealer hendaklah menyediakan wang melebihi RM10,000.00 dan baginya penulis akan tampung menjadikan mereka menjadi dealer. Proses seperti akan menggalakkan lebih ramai orang akan menjadi dealer tapi masalah ia terhad kerana modal pusingan yang besar terpaksa penulis sediakan.

Petang Jumaat yang agak sibuk di Agro Bank Labis

Urusan Pemajakan di Agro Bank Labis



Pada 7/10/2010 satu lagi urusan pemajakan telah dilaksanakan diAgro Bank Labis. Penulis telah membawa rakan untuk urusan pajak 10 bar emas PGold 20g. Dalam urusan tersebut penulis telah mencadangkan agar pajak dibahagikan kepada 10 surat pajak. Ini bertujuan jika kita hendak menebusnya kembali kita boleh tebus satu-persatu. Jika kita letakkan semua dalam satu surat pajak akan timbul masalah untuk menebusnya kerana dalam jumlah yang banyak. Apa yang berlaku ialah rakan penulis terpaksa memajakkan 5 bar 20g sahaja kerana jumlah pajakan sehari cuma RM10,000.00. Jadi rakan penulis terpaksalah membawa balik 5 bar 20g untuk proses pemajakan pada hari seterusnya.

Urusan Pemajakan di Agro Bank Labis

Urusa

Rabu, 6 Oktober 2010

Di suatu pagi yang tidak disangka-sangka




Pada hari ini semasa penulis sedang memandu kenderaan hendak ke sekolah, jam menunjukan 6.55 pagi satu pangilan telah diterima daripada seseorang yang telah menyatakan beliau ingin membeli 10 emas bar 20 gram yang nilainya rm30,300.00. Selang beberapa minit kemudian penulis menerima satu lagi pangilan yang beliau ingin menjadi dealer ini bermakna nilainya RM20,000.00 lebih. Nampaknya rezeki pada awal pagi ni cukup murah dan penulis telah berjanji kepada kedua-dua pemanggil tersebut memastikan mereka mendapat harga yang lebih murah.

Apabila sampai di sekolah ada lagi seorang rakan penulis bersetuju untuk menjadi dealer dan seterusnya seorang kerani sekolah penulis telah menyerahkan RM1,222.00 atas belian 2 dinar yang mana beliau telah untung sebanyak lebih RM15.00 bagi setiap dinar yang dibeli.

Pada waktu petang penulis telah berjanji dengan pegawai BSN untuk menguruskan pinjaman yang berjumlah hampir RM150,000.00 dan dalam proses hendak diluluskan. Apa yang akan penulis gunakan pada duit tersebut adalah untuk memohon terbitan awam saham Patronas Chemical bernilai RM5,200.oo satu lot dan penulis yakin saham ini boleh mendatangkan keuntungan 20 hingga 30% dalam jangka pendek. Seterusnya penulis telah bertemu dengan rakan penulis di Kg Jawa dan beliau juga menyatakan persetujuan untuk menjadi dealer. Semasa proses perbincang tersebut sempat juga penulis menerangkan emas Public Gold kepada makcik tuan punya warong tersebut Sempat juga penulis memberikan borang keahlian untuk menjadi ahli kosmatik Nutrimatic kepada makcik tersebut dan telah menyuruh anaknya mengisikannya.
Walaupun agak penat ke sana dan kesini tetapi penulis rasa bersyukur kerana telah berjaya menjadikan 4 rang dealer Public Gold dan seorang ahli Nutrimatic.

Rabu, 29 September 2010

Aktiviti yang agak sibuk tapi masuk


Pada hari aktiviti penulis agak sibuk sikit bukan apa hari bersejarah penulis telah menjadi penjual kosmetik Nutrimetics kepada guru di sekolah penulis kepada guru-guru perempuan semuanya. Apa yang membanggakan penulis telah berjaya menaja 16 orang guru untuk menjadi dealer dan alhamdulillah kesemua urusan tersebut telah dapat disempurnakan oleh orang rumah penulis. Penulis juga terpaksa menghentikan operasi jualbeli emas pada waktu pagi tersebut. Tetapi pada petangnya aktiviti jual emas diteruskan dengan menyebarkan flyers kepada guru di bandar segamat selepas perjumpaan pengubalan soalan akhir tahun. Selepas itu penulis telah berjumpa pula dengan rakan sekolah dan berbual hingga 7.00 petang berkaitan pelaburan emas Public Gold. Beliau cukup berminat dan ingin membuat pelaburabn dan telah sanggup untuk menyerahkan wangnya untuk mendapatkan emas dinar. Apayang penulis perhatikan rakan penulis sudah mula terkena aura emas dan penulis pasti pada malam ni rakan penulis tersebut pasti tak lena tidur.
sementara itu pada hari semalam penulis juga telah berjaya menjadikan sepupu dan anak saudara penulis sebagai dealer Public Gold.

Dealer Baru:
1) Salawati binti Othman (019-7519701) area Batu Pahat
2) Mohd Kamalhakky Bin Mohd Ramli (012-2313013) area Kuala Lumpur
3. Muhamad Alif BinSuhaimy (019-7533571) area Pengerang, Bandar Penawar Desaru Kota Tinggi dan Johor Bahru

Jumaat, 24 September 2010

Ar-Rahnu Agro Bank Labis mula didatangi pelabur emas Public Gold untuk dipajakan







Pada petang tadi bertambah lagi ahli kumpulan pelabur emas Public Gold di Labis apabila seorang rakan penulis telah pun memajakan 2 dinar dan 20g emas Public Gold di Agro Bank Labis. Apa yang menarik hg yg beliau lock Rm604 bagi satu dinar dan rm2825 bagi gold 20g dan apabila penulis melihat hg emas pada pukul malam hg dah naik menjadi rm606 bagi dinar dan emas 20g =rm2937. Rakan penulis dah boleh tersenyum sebab dah untung rm4 bagi dinar dan rm12. bagi emas 20g. Jadi kepada rakan-rakan yg hendak melabur emas jgn fikirkan sangat hg sebab bila kita beli emas pasti kita akan untung

Rabu, 22 September 2010

Agro Bank Labis menerima pajakan emas Public Gold


Mulai awal bulan September 2010 Agro Bank Labis telah menerima pajakan barang kemas dan juga emas Public Gold. Untuk maklumat, penulis telah pun memajakn 1dinar dan pihak bank telah menilai 1g=rm136.00. Oleh itu, penulis telah mendapat pajakan sebanyak 70% daripada harga 1 dinar iaitu rm400.00 dan upah pajak selama 6 bulan rm20.83. Untuk bayaran bulananya Rm66.66 sebulan. Bersama-sama penulis ketika membuat pajakan ialah dua org guru yg begitu berminat untuk mengetahui cara-cara pajakan dibuat. Alhamdulillah mereka telah memajakan syilling 1 dinar mereka yg dibeli darpada penulis dgan hg RM598.00. pada hari Isnin 20/9/2010. Jadi pada hari ini 22/9/2010 hg 1 dinar telah mencecah rm604.00. Lihat dalam masa 2 hari saja mereka telah untung rm6.00 untuk satu dinar, bayangkan kalau mereka membeli dgn jumlah yg banyak sudah pasti mereka tak boleh tidooooor ooooooo

Tapi apa yang menggembirakan penulis ialah semakin ramai guru di sekolah penulis mula beminat untuk membeli emas dan memajakknya sehingga penulis sendiri kehabisan stok emas .....

Isnin, 20 September 2010

Group 1 dinar memulakan operasi memajak


Pada hari ini 20/9/2010 group 1 dinar memulakan operasi mereka dengan memajakkan syilling satu dinar mereka. Ini mereka pengalaman pertama bagi dua orang guru Cikgu Rosman dan cikgu Zaini yang baru untuk menceburkan diri mereka dalam dunia pelaburan emas. Apa yang menariknya meraka telah sanggup untuk ke Agro bank Labis bagi membuat pajakan . Tapi sebelum itu penulis semasa di sekolah telah membuat tawaran kepada kedua-dua mereka iaitu mereka hanya perlu memberikan saya RM200 saja untuk mendapat syiling satu dinar yang bernilai RM600 tetapi ada syarat tertentu bagaimana hendak melangsaikan baki Rm400.00 lagi. Syaratnya mereka perlu pergi Agro Bank Labis untuk membuat pajakkan syilling satu dinar tersebut. Jadi kami telah berjanji untuk pergi ke Agro Bank Labis selepas sesi persekolahan.Penulis agak cepat sampai dan memberitahu pegawai bank Hj Samson tujuan saya untuk membuat pajakan lalu beliau memperkenalkan saya kepada kepad Encik Fairus untuk menguruskannya. Jadi saya pun menyerahkan syiling satu dinar tersebut untuk dibuat ujian setelah itu barulah proses yang kedua menulis dokumen tertentu dan mengikut beliau nilai satu gram emas ialah Rm136 x 4.25 g =rm578. Pihak Agro bersetuju untuk memberikan pajakan 70% dan bersamaan rm404.6. Tapi yang malangnya proses yang panjang menyebabkan urusan pengeluaran tidak dapat dilakukan kerana kaunter bank telah ditutup. Jadi kami bertiga terpaksalah memasukkan wang tersebut dalam akaun saja. Jadi cikgu Rosman dan Cikgu Zaini terpaksa berhutang dengan saya sebanyak RM400 sebab mereka tidak dapt mengeluarkan wang tunai pada petang tersebut. Jadi untuk menebus seling tersebuat boleh dibuat dalam masa 6 bulan dengan upah simpan sebanyak rm22.00 sahaja

K

Jumaat, 17 September 2010

Harga saham KFC catat kenaikan

Pada hari 17/9/2010 harga saham kfc telah mencatatkan kenaikan rm0.13. Apa yg menariknya aku telah mengikuti kaunter ini sejak mula dipecahkan dan waktu terendah dapat aku lihat rm2.81. Apa yg aku fikirkan aku akan beli kalau jatuh rm2.70 ke bawah tapi apa yang berlaku pada keesokkannya kfc nak sampai rm300 lebih dan terus naik melebihi rm3.30. Aku masuk waktu kejatuhannya rm3.19 dan masih pegang lagi kaunter ini dan nampaknya kaunter ini semacam ade peluang ntuk up lagi. Satu lagi kaunter yg masih aku pegang Tchong aku beli dulu Rm4.80 dan ditutup petang tadi Rm6.00.Aku bercadan nak mengumpul kaunter kfc sekurang-kurang nya 5 lot.

Gold bar 50g dan syilling 5 dinar jadi mangsa pajak pertama


Pada hari ini 17/9/2010 aku telah berpeluang utk ke Batu Pahat, walaupun jarak yg agak jauh lebih 90km dari Labis aku teruskan juga semata-mata nak cari pengalaman pertama memajakkan emas yg ada, dah hampir dua bulan dalam simpanan tanpa dibuat apa-apa. Lepas sembahyang Jumaat aku terus ke Agro Bank utk memulakan pajakan tapi apa yang terjadi aku terpaksa tunggu hampir 20 minit kerana pegawai bank belum balik dari masjid, padanlah dalam bank agak lengang aje. Apabila pegawai bank tersebut balik aku pun dibenarkan utk masuk ke bilik Ar Rahnu dan disitu bermula proses pajakan pertama yang aku lakukan. Aku menyerahkan Gold Bar 50g (Rm7425.00) dan syilling 5 dinar (Rm2894.00) sambil itu aku sempat berbual dengan 2 orang pegawai muda yang bertugas dan salah seorang daripada mereka ada membeli gold bar 20g dan apa lagi aku pun mula menerangkan kpd mereka yg aku merupakan dealer public gold menerangkan serba sedikit pengetahuan bagaimana nak manipulasikan emas. Jadi setelah selesai aku kekaunter utk menerima wang tunai Rm4450 dan Rm1730.00 yang berjumlah Rm6180.00 . Kadar upah bagi 6 bulan rm86.82 (5 dinar) dan rm222.75 (gold bar 50g) yg jumlahnya rm309.57. Kalau kita bahagikan 6 bln Rm309.57 tersebut setiap bulan kita cuma bayar Rm51.59 aje. Jadi itulah pengalaman aku semasa membuat pajakan pertama aku........

Rabu, 15 September 2010

Ahad, 12 September 2010

PENDITA EMAS 999: Gunakan Kuasa 1 Dinar Untuk Menyelamatkan Gaji Bul...

PENDITA EMAS 999: Gunakan Kuasa 1 Dinar Untuk Menyelamatkan Gaji Bul...: "MENJANA PENDAPATAN MENGGUNAKAN DINAR EMAS (Ini Sebagai Asas Merempit Emas) KEPERLUAN Beli 9 Keping emas 1 dinar(emas 916) pada harga semasa..."

PENDITA EMAS 999: Bagaimana Nak Wat Overlaping Pinjaman Dengan Panta...

PENDITA EMAS 999: Bagaimana Nak Wat Overlaping Pinjaman Dengan Panta...: "Salam, Pelaburan emas jongkong public gold sangat menguntungkan kerana emas fizikal berada dalam tangan kita dan kita sahaja yang mampu unt..."

Ahad, 5 September 2010

Pelaburan Emas



Emas merupakan barangan yang menjadi perhatian setiap orang dan hampir setiap orang mengakui bahawa emas sesuatu baranganyang bernilai. Apa yang menjadi persoalan di sini, adalah bagaimana emas ini boleh dimanipulasi untuk mendapatkan keuntungan daripadanya.